Saturday, 21 July 2012
Aku.Saya.Me
Whazzap? Nama saya Stephanie Ngian dan berbangsa Iban dari Sarawak. Saya mempunyai banyak nama panggilan. Kebanyakan orang memanggil saya Steph. Kakak dan beberapa orang sepupu saya pula memanggil saya Citek. Kawan saya, Claud, memanggil saya Stepha, Yunie pula memanggil saya Boo Bear dan seorang lagi yang bernama Yana suka mengusik saya dengan nama Tep Tep. Geram juga saya tapi nama itu lawak juga bunyinya.Saya berusia 17 tahun dan lahir pada 4 Oktober 1995. Hobi saya ialah tidur, menonton tv dan melayari internet. Saya suka warna kuning sebab pada pendapat saya, kuning melambangkan keceriaan dan keseronokan. Saya mempunyai 14 kawan perempuan dan nama kumpulan kami ialah DGAFF. Saya merupakan DGAFF 04. Saya merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik. Dan saya merupakan cucu perempuan yang kedua daripada sebelah ibu saya. Saya sangat suka kura-kura dan saya memelihara 9 ekor kura-kura yang bernama King William, Curvey, Lola, Lulu, Luna, Patty, Lilly, Ho Ho dan Ah Wei. Nama saya ada ceritanya. Saya mempunyai seorang abang yang bernama Timothy. Jadi, ibu bapa saya ingin menamakan saya Tiffany. Akan tetapi, semasa hari pembaptisan, paderi di gereja menyatakan bahawa 'Tiffany' bukan nama Kristian. Kebetulan pula saya lahir pada hari St. Steven. Maka, nama saya pun ditukarkan kepada Stephanie. Ngian pula nama nenek moyang saya. Setakat ini sahajalah tentang diri saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment