Monday, 18 February 2013

True Stephanie's Ghost Story

Cerita ini benar-benar berlaku kepada saya. Nasib hanya sekali saja kejadian yang tidak dapat diterangkan secara saintifik ini berlaku kepada saya. So, here it goes;

    Saya pergi shopping dengan keluarga di Wisma Sanyan, Sibu. Selepas jalan-jalan, mestilah rasa lapar kan? Cun saya mengidam Burger McDonald. So, kami sekeluarga pun keluar dari Sanyan untuk pergi ke McDonald yang hanya di seberang jalan. Saya berjalan berpasangan dengan adik saya manakala ibu saya di belakang saya. Ayah saya pula masih tinggal di Sanyan. So, saya dan adik pun menyeberang jalan. Tapi kami berdua terpaksa berhenti di tengah jalan sebab ada kereta. Tiba-tiba, saya dapat merasakan satu tolakan yang agak kuat di bahu saya. Masih sibuk menoleh ke kiri dan ke kanan, saya pun marah ibu saya, "Mami aa!" yang di belakang saya tadi kerana saya ingat dia yang tolak saya. Dahla ada kereta. Selepas menyeberang jalan dengan selamat bersama adik saya, saya pun menoleh ke belakang untuk marah ibu saya kerana 'menolak' saya tadi. What I saw next scared the crap out of me. To make it easier for you to imagine, here's a poorly drawn picture of the situation by me:


Yang sebelah Sanyan itu ialah ibu saya, manakala yang tengah jalan itu ialah saya dan adik saya. Warna purple itu pula kereta yang tengah lalu-lalang.

    Back to my story. Apa yang mengejutkan saya setelah saya menyeberang jalan ialah ibu saya masih belum melintas dan dia masih di sebelah bangunan Sanyan. Semasa saya ditolak tadi, saya dan adik telah pun di tengah jalan. So, tak logik la kan tangan mak saya sangat panjang untuk tolak saya. Dan mana mungkin adik saya tolak saya sebab saya ada tengok kedua-dua tangan dia. Plus, takkanlah adik saya nak tolak saya semasa ada kereta lalu-lalang. Cerita ini memang benar. Adik saya sendiri ada dengan saya jerit "Mami aa!".

    Beberapa bulan kemudian, kami adik-beradik pun saling tukar cerita h (if you get what I mean). Saya pun cerita pasal cerita saya ni. Abang saya kata, "Memang tidak mustahil kalau ada 'sesuatu' tolak kamu. Kawan saya dahulu sedang pakai motosikal. Setelah melihat bump di hadapan, dia pun memperlahankan motosikalnya. Akan tetapi, dia dapat merasakan sesuatu menolak motosikalnya. Dia pun rebah. Mujurlah dia tak apa-apa sebab dia bawa slow. Kalau laju, memang teruk dia." Saya terpegun selepas abang saya kata 'sesuatu'. Saya berasa lebih takut selepas dia kata maybe 'penunggu' yang tolak saya. Saya berasa takut, dahla di Sanyan itu hari terang-benderang. Sekian..

No comments:

Post a Comment